Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.
PENGIKTIRAFAN SEBAGAI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Tahniah kepada semua warga SMPK Vokasional Indahpura kerana telah diperakukan oleh mantan YB Menteri Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa SMPK Vokasional Indahpura diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan melalui surat bertarikh 20 April 2009 dari Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.
ANUGERAH SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
Langgan:
Catatan (Atom)
PUTRA CHARITY RUN 2009
Tarikh : 05 Julai 2009/Ahad
Tempat : Bandar Putra Kulai
Peserta : 23 orang (lelaki & perempuan)
Guru : En. Soffri Jusoh & En. Rostam Rahmat
Cik. Rosmawati Daud & Cik. Rozila Abas
Seramai 23 orang murid-murid SMPK Vokasional bersama 4 orang guru telah menyertai Putra Charity Run 2009. Acara ini disertai setiap tahun oleh murid-murid SMPK Vokasional Indahpura. Tahniah kepada murid-murid dan guru yang menyahut cabaran ini. Bukan kemenangan dicari tetapi semangat kental ditanam dalam diri.

PESTA MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN
Tarikh : 05 Julai 2009
Tempat : Ruang Serbaguna Asrama
Masa : 2.00 ptg-4.00 ptg
Anjuran : Pengurusan Asrama
Program ini dianjurkan bertujuan memberi peluang kepada murid-murid asrama menikmati buah-buahan. Buah yang dibekalkan Durian, Rambutan, Manggis dan Pulasan.
Terima Kasih kepada semua yang menjayakan program ini terutama pembekal buah-buahan, Pn. Zaidah Mahadi (PK1), Pn. Rabthah Abd. Rahim (PK HEM), En. Azril Baharom (Penyelia Asrama), warden-warden, PPM bertugas dan guru-guru yang sudi meluangkan masa bersama-sama. Insyallah tahun depan kita buat lagi......

PROGRAM AKAN DATANG
BULAN JULAI BULAN MEMBACA
Tarikh : 01-30 Julai 2009
Hari : Isnin-Jumaat (mengikut aturcara pertandingan)
Tempat : SMPK Vokasional Indahpura
Anjuran : Pusat Sumber Sekolah, Panitia BM & BI
Penyertaan : Terbuka kepada semua kategori murid Masalah Penglihatan, Pendengaran & Pembelajaran
Antara Pertandingan yang bakal dipertandingkan :
1. Pertandingan NILAM Peringkat Sekolah
2. Pertandingan "Spell It Right SMPKVIP Challenge"
3. Pertandingan "Cabaran Mengeja dengan Betul"
4. Pertandingan Melukis Poster
5. Kuiz Bulan Membaca
6. Anugerah Peminjam terbanyak kategori murid
7. Anugerah Peminjam terbanyak kategori guru
dan banyak lagi.....dapatkan maklumat lanjut berkaitan
pertandingan di Pusat Sumber Sekolah. Ingat........ siapa cepat dia dapat masuk bertanding .....Hadiah disediakan oleh pihak penganjur.

LAWATAN KE PESTA BUKU PERINGKAT NEGERI JOHOR 2009
Tarikh : 27 Mei 2009
Masa : 10.30 pg-1.00 ptg
Peserta : 8 orang bersama Guru
Tempat : Danga Mall City, Johor Bahru
Masa : 10.30 pg-1.00 ptg
Peserta : 8 orang bersama Guru
Tempat : Danga Mall City, Johor Bahru
ENAM pelajar istimewa dari kanan: Hisamudin Ilham, Ng Kiat Kwan, Chareessa Chee, Nur Azian Md. Yusoff, Nor Azahanis Ayob dan Siti Zaleha Ali memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2008 yang diumumkan di Johor Bahru, semalam.
KEJAYAAN DUA PELAJAR ISTIMEWA
JOHOR BAHRU 12 Mac - Meskipun Ng Kiat Kwan dan Nur Azian Md. Yusoff sekadar mendapat 3A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan hari ini, namun mereka tetap menjadi kebanggaan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Indahpura, Kulai.
Pengetuanya, Khadijah Mohamad berkata, bagi pelajar istimewa (orang kurang upaya) yang mengalami masalah pendengaran dan bisu, subjek Bahasa Melayu adalah yang paling ditakuti."Pelajar istimewa ini kalau lulus Bahasa Melayu itu sudah bagus kerana mata pelajaran tersebut sukar bagi mereka berbanding subjek lain.
''Tidak seperti kita, mereka tidak memerlukan tatabahasa dalam penggunaan seharian kerana mereka lebih selesa menggunakan bahasa isyarat," katanya. Menurutnya, kedua-dua pelajar berusia 19 tahun yang pekak dan bisu itu, memperoleh keputusan yang amat membanggakan sekolah kerana mereka adalah antara enam daripada 20 calon yang lulus.
Khadijah berkata, sebulan sebelum peperiksaan, kesemua calon diberi bimbingan motivasi selama tiga hari dua malam sebagai persiapan mental. "Kami bawa mereka menginap di hotel dan menjemput bekas pelajar serta wakil persatuan orang pekak untuk memberi ceramah. Tujuan kami agar calon tidak rasa tertekan. Alhamdulillah, usaha kami itu berbaloi," katanya.
Bagi Kiat Kwan dan Nur Azian, yang merupakan rakan rapat serta jiran di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi, masing-masing bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang grafik komputer.
Melalui perantaraan guru kelas yang dikenali sebagai Abd. Rahman berkata, kedua-dua pelajar itu berhasrat menyambung pelajaran di Politeknik Johor Bahru.
Sementara itu, Nor Azahanis Ayob, 18, dari SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian yang memperoleh 6A berkata, dia sentiasa memberi tumpuan sewaktu guru mengajar di dalam kelas. "Kekurangan diri tidak menghalang saya untuk belajar seperti rakan-rakan lain. Kawan-kawan dan guru banyak membantu saya," katanya yang cacat pendengaran sejak berusia sembilan tahun akibat jatuh basikal.
Anak kedua daripada empat beradik yang masih boleh mendengar jika berbual dengannya pada jarak dekat dengan suara lantang itu berhasrat, menyambung pelajarannya dalam bidang perakaunan.
Sumber : http://www.utusan.com.my/
ARKIB UTUSAN ON-LINE : 13/03/2009